Fedac Tablet

Fedac Tablet merupakan uabt yang digunakan untuk melegakan hidung tersumbat, selesema, jangkitan saluran pernafasan, radang sinus, alahan, rhinitis dan banyak lagi. Ia mengandungi Triprolidine dan Pseudoephedrine yang mengurangkan penghasilkan bahan kimia semulajadi dalam badan yang menyebabkan simptom demam selesema dan hidung tersumbat. Seperti ubat lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan yang boleh diundang berikutan penggunaannya seperti loya, muntah, mengantuk, hilang keseimbangan, kering hidung, kering tekak, menggigil, berdebar, gemuruh dan banyak lagi. Sekiranya anda mendapati mana-mana kesan ini atau yang tidak dinyatakan melanda anda, maka dengan segera anda dikehendaki bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan yang sedia ada bertambah teruk. Selain daripada itu juga, ubat ini janganlah anda memberikan kepada orang lain yang mempunyai simptom yang sama seperti anda. Oleh itu, ianya lebih baik untuk berjumpa dengan seorang doktor terlebih dahulu. Anda juga dicadangkan mengambil ubat ini atas arahan dan nasihat doktor sahaja serta jangan melebihi dos yang telah ditetapkan.