Obimin

Obimin merupakan ubat  yang selalunya diberikan kepada ibu mengandung sebagai zat tambahan untuk meningkatkan sel darah merah dalam badan bagi mereka yang kekurangan. Ubat ini mengandung zat besi yang apabila berada dalam badan akan memecah dan membentuk sel darah merah iaitu hemoglobin. Terdapat juga fungsi lain bagi ubat Obimin ini selain meningkatkan sel darah merah dalam badan iaitu kurang vitamin, sakit saraf, kurang zat besi, kurang berat badan, merawat masalah kulit serta masalah mata dan banyak lagi. Berikutan penggunaan ubat ini, terdapat juga beberapa kesan sampingan yang perlu diawasi seperti loya, muntah, sembelit, najis hitam, sesak nafas, sakit kepala, bengkak bibir, masalah buah pinggang, gangguan pada tiroid dan banyak lagi. Sekiranya anda mendapati mana-mana kesan ini atau yang tidak dinyatakan melanda anda, maka dengan segera anda dikehendaki bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan yang sedia ada bertambah teruk. Selain daripada itu juga, ubat ini janganlah anda memberikan kepada orang lain yang mempunyai simptom yang sama seperti anda.