Bolehkah saya mengunakan kolagen rumpai laut (Seaweed Collagen) untuk merawat jerawat saya?

Pada masa kini, kolagen rumpai laut (seaweed collagen) merupakan sebuah produk yang laris di pasaran. Ramai yang tidak megetahui kebaikan kolagen rumpai laut ini. Ia mempunyai beberapa kebaikan yang tersendiri seperti memberangsangkan tenaga serta kecerdasan mental, menghasilkan kulit yang cantik berseri, membantu mencegah kanser, mengurangkan masalah kulit seperti psoriasis serta ekzema, membantu mencegah gout, melancarkan pembuangan air besar, merawat gastrik, menyembuhkan luka dengan cepat, mencegah sellulit, membantu penghasilan sel baru pada kulit, metabolisma dapat ditingkatkan, memastikan sentiasa kenyang, membuang toksin dalam badan dan banyak lagi. Antara keburukan kolagen rumpai laut ialah ia mengandungi iodin. Iodin yang banyak dalam badan boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain itu, kolagen ini juga boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman jika diambil secara tidak terkawal. Keburukan yang lain ialah kulit akan rasa ketat sekiranya kolagen ini diambil dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu, sebelum mengambil produk ini seseorang perlulah menilai dengan sendiri kebaikan dan keburukannya terlebih dahulu sebelum membelinya.