Mengapa keluar darah saat berhubungan tapi tidak sakit (Post-coital Bleeding)?
Keluar darah saat berhubungan tetapi tidak sakit (post coital bleeding) boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan ini harus diberikan perhatian oleh golongan wanita yang menghadapinya. Antara sebab keluar darah saat berhubungan adalah kerana faraj mengalami kekeringan. Apabila faraj mengalami kekeringan dan seseorang itu melakukan hubungan seks maka ianya akan membawa kepada pendarahan bahagian faraj. Penyebab seterusnya ialah penyakit kelamin. Penyakit kelamin yang dimaksudkan ialah seperti ‘Chlamydia’ atau ‘Gonnorrhea’. Ianya akan membawa kepada masalah pendarahan faraj akibat jangkitan ini. Seterusnya ialah masalah fibroid. Ini merujuk kepada ketumbuhan dalam rahim. Sekiranya ketumbuhan ini berada pada pangkal rahim maka ianya akan membawa kepada pendarahan melalui faraj jika melakukan hubungan seks. Cara merawat pendarahan seperti ini bergantung kepada puncanya. Oleh itu, ianya lebih baik untuk berhenti menjalinkan hubungan seks buat sementara waktu dan pergi berjumpa dengan seorang doktor sakit puan terlebih dahulu.