Apakah gejala-gejala yang berikutan hipotiroid?

Hipotiroid merupakan sebuah kejadian di mana kelenjar tiroid tidak begitu aktif. Ia merupakan sebuah penyakit sistem endokrin di mana kelenjar tiroid tersebut tidak menghasilkan kuantiti hormon yang mencukupi. Terdapat beberapa gejala yang akan berikutan masalah ini seperti tidak boleh tahan sejuk, selalu letih, sembelit, susah untuk bernafas, suara menjadi garau, tidak boleh dengar, kurang selera makan, keresahan, berat badan bertambah serta mempunyai bengkak pada bahagian hadapan leher. Masalah hipotiroid ini juga boleh melanda wanita mengandung. Jika tidak dirawat ianya akan menyebabkan anak yang lahir mempunyai perkembangan otak yang terbantut. Terdapat tiga jenis penyakit hipotiroid iaitu hipotiroid primer, hipotiroid sekunder dan hipotiroid yang diwarisi. Masalah hipotiroid ini ianya lebih baik jika dirawat dengan segera dengan ubat-ubatan atau melalui pembedahan untuk menjamin kesihatan yang sempurna.