Apakah itu gelatin bovine dan apakah kegunaannya?

Gelatin bovine merupakan gelatin yang diekstrak daripada lembu. Ianya megandungi kolagen dari lembu yang merupakan bahan utama untuk membentuk tulang. Gelatin bovine ini digunakan secara meluas untuk beberapa sebab seperti mencantikkan dan menyihatkan kulit. Hal ini kerana bahan ini mengandungi kuantiti kolagen yang tinggi dan sangat sesuai digunakan sebagai produk kecantikkan kulit. Selain itu, gelatin bovine juga dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi. Ini merupakan sebuah supplemen yang sesuai bagi golongan tua kerana mereka yang selalu menjadi mangsa sakit sendi. Di samping itu, gelatin ini juga boleh membantu dalam sistem penghadaman badan. Ianya akan melancarkan lagi proses pembuangan air besar serta sekali gus meningkatkan kadar metabolisma badan. Namun demikian, setiap produk mesti ada kesan sampingan yang berikutan dan dalam kes ini ianya merupakan ‘penyakit lembu gila’. Ini merupakan sebuah penyakit yang sangat bahaya dan boleh mengganggu fungsi otak kita.