Jenis Penyakit Kusta (Leprosy)

Penyakit kusta (leprosy) atau lebih dikenali sebagai Hansen’s disease disebabkan oleh ‘Mycobacterium leprae’ yang merupakan sebuah penyakit yang akan menyerang bahagian saraf, kulit, mata dan membran mukus serta beberapa lagi. Terdapat 3 jenis penyakit kusta iaitu tuberculous yang bermaksud mereka hanya mempunyai beberapa ‘patch’ pada kulit, lepromatous di mana mereka mempunyai banyak ‘patches’ pada tangan serta kelenjar di leher bengkak dan akhir sekali ialah borderline yang akan mempunyai ciri-ciri kesemua jenis penyakit kusta. Penyakit kusta ini boleh merebak melalui sentuhan dengan orang yang telah dijangkit. Selain itu, seseorang yang mempunyai sistem imun yang lemah juga boleh mempunyai masalah seperti ini serta faktor lain memperolehi gejala kusta ini ialah melalui faktor genetik. Komplikasi yang berikutan penyakit kusta ini amat serius jika tidak dirawat dengan segera. Antara komplikasinya ialah kebutaan, rasa pedih pada kulit, ‘paralyse’ dan beberapa lagi.