Apakah ciri-ciri kumpulan darah 'O' ('O' Blood Group) dan jenis-jenis kumpulan darah?
Darah manusia mempunyai beberapa jenis seperti darah O, darah A, darah B dan darah AB. Setiap manusia mempunyai jenis darah yang diwarisi daripada ibu bapa. Kumpulan darah O dikenali sebagai penderma universal. Ia bermaksud kumpulan darah ini boleh diberikan kepada kumpulan darah lain kerana ianya tidak mengandungi sebarang antigen. Kumpulan darah AB pula merupakan penerima universal. Ia bermaksud kumpulan darah ini boleh menerima darah daripada mana-mana kumpulan lain. Jika kumpulan darah tersalah beri maka antigen yang terkandung dalam darah akan membentuk gumpalan dan mengakibatkan maut. Oleh itu, ianya sangat penting bagi setiap kumpulan darah untuk dikenal pasti dengan betul dan diberikan darah yang sesuai sahaja untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.