Apakah jenis-jenis makanan penambah darah dan kebaikannya?

Seperti yang diketahui, kurang darah merah dalam badan dipanggil sebagai anemia. Ianya merupakan sebuah keadaan yang agak serius kerana sel darah merah dalam badan berfungsi membekalkan oksigen untuk tubuh badan kita. Namun apabila sel darah merah ini berkurangan, ianya akan membawa kepada masalah kekurangan oksigen dalam badan. Jadi untuk mengelakkan perkara seperti ini daripada beralku kira haruslah memastikan sel darah merah dalam badan mencukupi dengan mengambil makanan penambah darah yang mencukupi. Makanan penambah darah seperti kerang, bayam serta banyak lagi bukan sahaja akan membantu menambah darah dalam badan malah ia juga dapat memastikan kuantiti oksigen dalam badan mencukupi. Setiap orang haruslah mengambil inisiatif untuk megetahui jenis makanan penambah darah dan memastikan ianya dimasukkan ke dalam diet seharian untuk kebaikan ahli keluarga dan diri sendiri.